Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia Mungkin Kembali Ke Arena Telefon Melalui Perlesenan Jenama Seawal Suku Ke-4 2016

Nokia telah diura-ura akan kembali ke arena peranti mudah-alih beberapa kali sebelum ini, dan hari ini Nokia mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berkenaan dengannya. Secara ringkasnya, Nokia mengatakan proses berkenaan sesuatu yang rumit dan perlu melalui beberapa proses.

Nokia sebelum ini merupakan jenama dan pengeluar telefon terbesar di dunia selama lebih daripada 14 tahun – membuatkan jenama Nokia dikenali di seluruh dunia, termasuk di negara-negara membangun. Jenamanya masih dikenali walaupun perantinya tidak gah seperti dahulu lagi.

Nokia 3310

Sebelum ini, pada tahun lepas, bahagian peranti dan perkhidmatan Nokia telah diambil-alih oleh Microsoft, dan perjanjian dengan Microsoft membuatkan mereka tidak boleh kembali ke arena telefon sebelum suku ke-4 2016.

Nokia turut mengatakan mereka kekal memfokuskan kepada arena dunia berhubung – melalui bahagian rangkaian mereka, perkhidmatan pemetaan, serta pembangunan teknologi dan perlesenan.

Nokia mengatakan salah satu kaedah untuk kembali ke arena mudah-alih mungkin melalui perlesenan jenama. Ini akan membuatkan mereka memilih rakan kerjasama yang akan mengeluarkan peranti, menjual, memasarkannya serta menawarkan khidmat pelanggan untuk produk berkenaan.

Nokia-N1-1

Sebelum ini, Nokia telah membuatnya melalui tablet Nokia N1 mereka, dan mungkin itu adalah cara sama yang dilakukan mereka untuk arena telefon pintar.

Nokia mengatakan mereka akan mencari rakan kerjasama yang sesuai dan terbaik untuk membuat tugasan berkenaan, dan seperti perjanjian dengan Microsoft, peranti jenama Nokia mungkin hanya hadir seawal suku ke-4 2016 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia Mungkin Kembali Ke Arena Telefon Melalui Perlesenan Jenama Seawal Suku Ke-4 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info