Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MWC Shanghai 2015: Meizu M2 Note – 13MP, Rakaman Video 4K, Light Field Tech

Pada awal bulan Jun yang lalu Meizu telah memperkenalkan kemaskini untuk keluarga M1 Note mereka, iaitu Meizu M2 Note. Telefon pintar berspesfikasi pertengahan pada kelas phablet ini telah mula dijual di China dan meskipun terdapat masalah teknikal di Mobile World Congress Shanghai, kami masih berkesempatan untuk mencuba peranti ini di salah sebuah kedai elektronik yang menjualnya.

Dari segi spesifikasi, phablet ini beroperasi menggunakan cip pemprosesan MediaTek 6753 1.3GHz lapan-teras, memori 2GB RAM, paparan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi HD Penuh 1920 x 1080, dan hadir dengan pilihan kapasiti storan 16GB atau 32GB yang boleh ditambah dengan kad Mikro-SD sehingga 128GB.

Peranti ini juga beroperasi menggunakan Anroid 5.0 Lollipop dengan sistem paparan antaramuka Flyme 4.5 Ia boleh memuatkan dwi-SIM pada satu masa dan turut menyokong rangkaian 4G LTE. Menariknya kamera utamanya mempunyai sensor 13-megapixel serta menyokong rakaman video 4K. Bagi kamera hadapan, ia mempunyai sensor 5-megapixel memfokuskan fungsi selfie.

MWCS15- Meizu M2 Note -IMG_9120

MWCS15- Meizu M2 Note -IMG_9151 MWCS15- Meizu M2 Note -IMG_9144 MWCS15- Meizu M2 Note -IMG_9143 MWCS15- Meizu M2 Note -IMG_9147

Peranti ini hadir dengan badan polikarbonat dengan permukaan licin. Dari segi rekaan dan bentuk, ia masih mempunyai rekaan yang lebih kurang sama dengan Meizu M1 Note. Hanya satu perbezaan yang ketara pada Meizu M2 Note adalah ia menggunakan butang fizikal yang boleh ditekan untuk fungsi Home, berbeza dengan butang sentuh Home sebelum ini yang beroperasi secara sentuhan.

Meskipun terdapat perbezaan pada butang Home, Meizu masih mengekalkan fungsi sentuhan (Tap) pada butang fizikal tersebut. Sekiranya butang Home ditekan dengan lama, ia akan melancarkan fungsi pengecaman arahan suara, dan menerima arahan dari pengguna. Maklumbalas dari perkhidmatan tersebut pula adalah dalam Bahasa Mandarin memandangkan ia hanya dijual di China buat masa ini.

MWCS15- Meizu M2 Note -IMG_9141Salah satu perkara yang menarik pada paparan antaramuka Flyme 4.5 adalah kewujudan butang SmartTouch yang membolehkan pengguna melakukan beberapa operasi dengan hanya menyeretkan butang visual pada skrin. Namun perkara ini turut mempunyai kelemahan, dimana apabila ingin menaip dikawasan tersebut, butang tersebut turut berfungsi dengan tidak sengaja. Tetapan bagi memunculkan fungsi ini pula boleh diakses dengan mudah menerusi menu tetapan apabila bar navigasi diatas diseret kebawah.

Sewaktu mencuba peranti ini, salah satu fungsi menarik pada telefon ini adalah teknologi pemfokusan berasaskan Light Field. Light Field ialah teknologi yang dipopularkan oleh kamera Lytro, berfungsi bagi menangkap gambar yang membolehkan pengguna mengubah titik fokus gambar tersebut selepas gambar yang diambil. Didalam video pandang pertama peranti ini, terdapat demonstrasi bagaimana teknologi Light Field pada Meizu M2 Note dicuba.

Menggunakan teknologi ini, gambar akan diambil untuk beberapa ketika, dan apabila mengubah titik fokus pada telefon tersebut, terdapat ketika yang mana wujud lelaki yang mencelah sewaktu gambar berformat Light Field dirakam. Apapun perbezaan titik fokus sewaktu memanipulasi gambar agak sukar dinyatakan dan ditunjukkan didalam video.

Meizu M2 Note Screen Meizu M2 Note Screen-2

Satu lagi fungsi yang wujud pada peranti ini adalah sokongan Gesture sewaktu telefon ini berada dalam mod standby. Dengan beberapa gerakan jari, pengguna boleh mengakses Meizu M2 Note, melihat notifikasi, menukar lagu dan pelbagai lagi tetapan yang turut boleh dicipta oleh pengguna berdasarkan gesture yang sedia ada.

Peranti ini buat masa ini dijual di kedai di Shanghai ini pada harga CNY 1099 (~RM 671) sedikit berbeza dari harga yang disyorkan untuk peranti ini. Apapun ia mungkin mengambil masa beberapa bulan bagi peranti ini hadir ke pasaran tempatan memandangkan Meizu M1 Note baru sahaja dijual di Malaysia pada awal bulan April yang lalu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MWC Shanghai 2015: Meizu M2 Note – 13MP, Rakaman Video 4K, Light Field Tech"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info