Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MWC Shanghai 2015: Cincin Pintar iCharming

Pada MWC di Barcelona yang lalu, terdapat pelbagai jam tangan pintar diperkenalkan namun kebanyakan jam tangan pintar dilihat mempunyai bentuk yang lebih maskulin, agak besar dan mungkin janggal digayakan oleh wanita. Pada MWC di Shanghai ini salah satu anak syarikat ZTE iaitu ZTE Strawcom telah memperkenalkan cincin pintar iCharming.

Cincin pintar iCharming ini bertatahkan permata Zirkon pada 6 pilihan warna iaitu emas, coklat, ungu, merah, biru serta biru pekat yang semestinya lebih sesuai digayakan oleh wanita. Dari segi spesifikasi, ia mempunyai accelerometer, bateri bertahan sehingga seminggu dan berfungsi menggunakan Bluetooth serta boleh dihubungkan dengan peranti Android mahupun iOS. Pada bahagian permata ini juga terdapat lampu dibawahnya, dan akan bernyala apabila terdapat sebarang notifikasi. Di bahagian belakang cincin ini terdapat palam pengecasan dan bagi mengecas cincin pintar ini, ia dicas menggunakan bekas simpanan yang hadir dengannya.

MWCS15- iCharming -IMG_1286

Sewaktu demonstrasi, meskipun tidak terdapat sebarang butang mahupun paparan pada cincin ini, ia mempunyai pelbagai fungsi yang sesuai untuk penggunanya. Dengan menggunakan aplikasi yang didatangkan dengan cincin ini, pengguna boleh merakam gambar selfie, panorama dengan hanya menggerakkan jari yang memakai cincin tersebut. Kawalan ini juga boleh dilakukan sejauh 10 meter, membolehkan pengguna meletakkan telefon pada satu jarak yang jauh untuk merakam gambar tertentu. Jarak ini juga berfungsi sekiranya pengguna tercicir telefon mereka, cincin tersebut akan bergetar memberitahu pengguna malah perkara sebaliknya juga akan diberikan notifikasi, jika pengguna keciciran cincin iCharming, aplikasi yang terdapat pada telefon tersebut akan memberikan amaran.

MWCS15- iCharming -IMG_1276 MWCS15- iCharming -IMG_1275

Cincin yang mempunyai accelerometer ini juga boleh berfungsi untuk menyukat aktiviti kecergasan seharian. Ia boleh mengesan langkah, jarak serta kalori yang telah digunakan sewaktu pengguna melakukan sesuatu aktiviti. Sekiranya terdapat sebarang panggilan atau mesej, cincin ini akan bergetar dan jika pengguna mempunyai set audio Bluetooth, pengguna hanya perlu menggerakkan cincin tersebut bagi menjawab panggilan.

Cincin pintar iCharming ini buat masa ini sedang melalui proses crowdfunding di laman crowdfunding Jingdong di China dan pada masa artikel ini ditulis mereka telahpun memperoleh lebih dari 1 Juta Yuan ( ~ RM 610,000 ) melebihi sasaran mereka iaitu 100,000 Yuan ( ~RM 61,000 ). Pada pendapat kami, dengan ciptaan peranti pintar yang lebih feminin ini sudah pasti dapat memikat lebih ramai pengguna wanita dalam menggunakan peranti pintar dalam kehidupan seharian.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MWC Shanghai 2015: Cincin Pintar iCharming"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info