Akhirnya, 29 Julai 2015 tiba, dan hari ini Microsoft telah mula menawarkan kemaskini Windows 10 kepada semua pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.1 di seluruh dunia. Microsoft menawarkan kemaskini ini secara berperingkat, dan mungkin jika komputer anda tidak menerimanya hari ini, ia akan menerima dalam beberapa hari lagi.
Untuk menaik-taraf kepada Windows 10, salah satu perkara yang anda perlu pastikan adalah komputer anda mempunyai ruangan storan sehingga 20GB yang kosong (untuk sistem 64-bit), selain turut menggunakan sekurang-kurangnya pemprosesan 1GHz, serta memori 2GB RAM (untuk 64-bit).
Melalui Windows 10, Microsoft membawakan sejumlah fungsi baru untuk para pengguna, termasuk antaranya adalah pelayar web Microsoft Edge, sokongan menu Start, kebolehan menggunakan aplikasi moden pada desktop, fungsi desktop maya, dan pelbagai perkara lain.
Bagi anda yang masih belum menerima kemaskininya, mungkin boleh membuat beberapa perkara seperti membuat salinan pendua data dan sebagainya sementara menantikan kemaskini tersebut ditawarkan kepada anda.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Mula Menawarkan Kemaskini Windows 10 Kepada Pengguna Windows 7 Dan Windows 8.1"