Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Edge – Pelayar Web Terbaru Microsoft Tidak Akan Menyokong Silverlight

Microsoft telah memperkenalkan Silverlight pada 2007 yang lepas dalam usaha untuk memudahkan para pengguna menikmati media terus pada pelayar web, selain turut berfungsi sebagai alternatif untuk Flash dan sebagainya. Ia boleh dikatakan tidak menerima sebarang kemaskini besar sejak beberapa tahun lepas, dan kebanyakkan web juga seperti telah tidak menggunakannya.

Kini, Microsoft sendiri seperti menghentikan sokongan untuknya, dan melalui perkongsian terbaru mereka mengatakan Microsoft Edge – pelayar web terbaru dariapda Microsoft untuk Windows 10 tidak lagi akan menyertakan sokongan Silverlight. Penghentian sokongan ini termasuk tiada lagi sokongan ActiveX pada Microsoft Edge.

Walaubagaimanapun, Silverlight tidak akan dimatikan begitu sahaja, sebaliknya ia akan terus disokong oleh Microsoft – termasuk pada Internet Explorer 11.

Langkah penghentian sokongan ini pada Microsoft Edge adalah kerana kini kebanyakkan web menggunakan sokongan berasaskan HTML5 untuk media – dan mungkin itu adalah langkah yang lebih sesuai untuk masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Edge – Pelayar Web Terbaru Microsoft Tidak Akan Menyokong Silverlight"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info