Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maxis Bakal Menawarkan OnePlus 2 Di Malaysia Tidak Lama Lagi – Melalui Jemputan

OnePlus 2 telah dilancarkan pada awal hari ini, dan kini Maxis melalui laman Twitter mereka mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan OnePlus 2 kepada beberapa pelanggan mereka tidak lama lagi. Maxis sebelum ini telah menjadi rakan kerjasama OnePlus untuk menjadi yang pertama menawarkan ia di Malaysia, malah yang pertama di dunia yang menawarkan ia bersama syarikat telekomunikasi dan di kedai fizikal.

Maxis OnePlus 2

Apa pun, salah satu perkara yang agak mendukacitakan adalah kerana ia akan ditawarkan dalam bentuk jemputan, dan bukannya ditawarkan secara terbuka.

Maxis mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai bagaimana mendapatkan jemputan khusus untuk membelinya di Malaysia.

OnePlus 2 merupakan telefon pintar yang dilabelkan sebagai 2015 Flagship Killer, hadir dengan skrin 5.5-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810, kamera belakang 13-megapixel, serta menyertakan sokongan pengimbas cap jari.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maxis Bakal Menawarkan OnePlus 2 Di Malaysia Tidak Lama Lagi – Melalui Jemputan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info