Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Luminate CS1 – Cangkerang Merubah iPhone Menjadi Kamera Video Profesional

Kamera iPhone 6 (terutamanya versi 6 Plus) adalah antara kamera peranti mudah terbaik di pasaran sekarang. Kemampuan kameranya sangat baik sehingga Apple kini mengiklankan peranti ini dengan menggunakan slogan “Shot on iPhone 6″. Bagi majoriti pengguna kemampuan kamera peranti ini sudah cukup baik tetapi bagi pengguna profesional penambahbaikan perlu dilakukan bagi menjadinya cukup baik untuk pekerjaan mereka.

lumenati-CS1-1

Lumenati CS1 ialah sebuah lagi cangkerang yang merubah iPhone 6 menjadi kamera video profesional. Seperti IndieVice yang kami paparkan minggu lalu, cangkerang ini membolehkan iPhone 6 menggunakan pelbagai lensa yang boleh ditukar. Pada waktu yang sama ia menyokong penyambungan audio dan hot shoe untuk pelbagai aksesori tambahan. Ia dipegang seperti sebuah kamera Super 8 klasik. Picu pada pemegang digunakan bagi memulakan rakaman. Apabila picu dilepaskan rakaman terhenti. Selain cangkerang Lumenati CS1 turut didatangi dengan perisiannya sendiri yang membolehkan video dirakam dengan kesan khas dan disunting terus dari peranti tanpa menggunakan program suntingan video luaran.

Cangkerang video ini menyokong iPhone 6 dan iPhone 6S sahaja dan dijual pada harga $150 untuk model asas dengan satu lensa sudut lebar. Aneh sekali mereka tidak menyokong iPhone 6 Plus yang mempunyai kamera OIS untuk video lebih stabil.

lumenati-CS1-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Luminate CS1 – Cangkerang Merubah iPhone Menjadi Kamera Video Profesional"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info