Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Mengumumkan Panel LCD Yang Lebih Nipis Dan Ringan Untuk Komputer Riba

Setiap tahun, ramai pengeluar peranti bersaing untuk hadir dengan komputer riba yang ringan dan nipis, sekaligus memudahkan para pengguna untuk membawanya kemana-mana termasuk ketika bercuti. Untuk melengkapkannya, beberapa teknologi perlulah seiring, dan salah satunya adalah panel LCD yang digunakan pada komputer riba itu sendiri.

Terkini, LG Display mengumumkan pengenalan teknologi terbaru mereka yang membawa panel LCD lebih ringan dan nipis berbanding sebelumnya. Perkara ini dijayakan dengan menggunakan teknologi Advanced In-Cell Touch terus pada skrin, dan tidak lagi memerlukan sebarang panel sentuh tambahan disebalik skrin berkenaan.

LG Display AIT

Perkara ini dikatakan mengurangkan ketebalan panel skrin sehingga 25%, selain menjadikan ia lebih 35% ringan berbanding panel sentuh pada komputer riba biasa.

Panel dengan sokongan sama telah diperkenalkan pada LG G4 sebelum ini, dan ini adalah pertama kali pihak LG membawanya kepada peranti dengan skrin bersaiz lebih besar. Pihak LG Display juga turut mengatakan mereka sedang membangunkan teknologi input berasaskan stylus pada panel Advanced In-Cell Touch ini, dan mungkin akan memperkenalkannya tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "LG Mengumumkan Panel LCD Yang Lebih Nipis Dan Ringan Untuk Komputer Riba"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info