Anda mengantuk dan mahu tidur tetapi ada masih mahu menghabiskan beberapa aksi di dalam CoC dan membaca artikel ilmiah yang mengembangkan intelek anda di Facebook. Jam sudah menunjukkan jam 11 malam dan anda masih enggan tidur. Situasi ini bukanlah aneh sejak kita mula menggunakan peranti pintar. Hendak tidurpun sukar kerana ada sahaja perkara “penting” yang ingin dilakukan menerusi peranti yang dimiliki. Tahap ketagihan ini menyebabkan anda tidak cukup tidur dan akhirnya membawa kepada masalah kesihatan. Di rumah saya sudah tidak lagi meletakkan peranti di atas katil apabila tiba waktu tidur. Ini bagi memastikan tiada gangguan dari peranti ketika tidur.
Tetapi saya yakin ramai di kalangan pembaca memerlukan “bantuan” untuk menghentikan tabiat menggunakan peranti sebelum tidur. Untuk itu konsep Phone Cell yang direka oleh Hans Ramzan ini perlu menjadi realiti sekarang. Ianya kombinasi peranti boleh-pakai, jam loceng dan tempat simpanan peranti yang diletakkan di tepi katil. Sebelum tidur peranti dimasukkan ke dalam bekas khas Phone Cell dan ia akan memenjarakan peranti sehinggalah penggera berbunyi pada keesokan harinya. Tiada alasan lagi untuk menggunakan peranti di tengah malam kerana tidak boleh tidur. Ruang simpanan hanya boleh dibuka selepas peranti boleh-pakai mengesan anda sudah berjalan sebanyak 20 langkah.
Ini mungkin alat yang agak melampau untuk dimiliki bagi mengubati masalah ketagihan menggunakan peranti. Tetapi jika masalah menggunakan peranti sebelum tidur anda adalah kronik, ia mungkin antara perkara yang perlu dilakukan sebelum semakin melarat.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Konsep) Phone Cell – “Penjara” Peranti Untuk Disimpan Di Waktu Malam"