Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Memperlihatkan Rekaan Jam Pintar Honor Band Zero

Huawei Watch yang dilancarkan ketika MWC 2015 masih belum muncul di kebanyakan pasaran dunia. Ia mempunyai rekaan tradisional yang lebih menyerupai jam tangan konvensional. Kepada mereka yang mahu jam tangan pintar mereka mempunyai rekaan lebih moden seperti Apple Watch, Huawei baru sahaja memperlihatkan rekaan jam pintar baru mereka Honor Band Zero. Ia mengekalkan muka jam berbentuk bulat tetap dengan rekaan lebih minimalis. Tiada butang kawalan kelihatan dan tali jam kelihatan seperti diperbuat daripada bahan silikon.

Huawei Honor Band Zero

Selalunya konsep rekaan seperti ini dirahsiakan sebelum produk dihasilkan. Huawei nampaknya memperlihatkan idea terkini mereka sebelum ia tertiris. Mungkin mereka cuba mendapatkan maklum balas pengguna tentang rekaan Honor Band Zero sebelum produk sebenar diperlihatkan. Apakah pendapat anda? Adakah rekaan lebih moden Honor Band Zero lebih menarik berbanding Huawei Watch?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Memperlihatkan Rekaan Jam Pintar Honor Band Zero"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info