Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Harga Langganan Apple Music Di Malaysia Adalah Antara Termurah Di Dunia

Apple Music dilancarkan dengan jayanya dua hari yang lalu dan persoalan tentang harga langganan untuk pengguna sudahpun terjawab. Seperti yang kami laporkan dua hari yang lalu harga langganan bulanan tempatan ialah $3.99 (RM 15) untuk perseorangan dan $5.99 (RM 22.50) untuk seluruh keluarga. Ini adalah jauh lebih murah berbanding $9.99 sebulan untuk perseorangan dan $14.99 untuk seluruh keluarga yang dibayar pengguna di Amerika Syarikat.

Mari lihat perbezaan harga langganan bulanan Apple Music di beberapa negara dunia. Seperti yang anda boleh lihat harga langganan Malaysia adalah antara yang termurah di dunia. Dari apa yang kami boleh lihat harga langganan tempatan majoritinya berkadar terus dengan perbezaan nilai matawang tempatan kepada Dollar Amerika. Lebih tinggi perbezaan semakin murah harga langganan berbanding di Amerika Syarikat. Adakah anda akan melanggar kepada Apple Music selepas usai tempoh percubaan kelak?

Perbezaan Harga Langganan Bulanan Apple Music
Negara
Langganan Perseorangan Langganan Keluarga
Malaysia $3.99 $5.99
Indonesia $5.17 $8.17
Singapura $7.38 $11.07
Thailand $4.99 $7.99
Filipina $2.99 $4.99
Vietnam $2.99 $4.99
India $1.90 $2.99
Hong Kong $6.19 $10.06
Jepun $7.94 $11.99
Emiriah Arab Bersatu $5.44 $8.17
Arab Saudi $5.33 $8.00
Australia $9.17 $13.76
Mesir $4.99 $7.99
Afrika Selatan $4.90 $7.34
Brazil $4.99 $7.99
Sweden $11.81 $17.77
Kesatuan Eropah $11.09 $16.56
United Kingdom $15.99 $23.99
USA $9.99 $14.99

*Kesemua harga diambil dari laman rasmi Apple negara-negara diatas dan kemudian diubah kepada Dollar Amerika Syarikat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Harga Langganan Apple Music Di Malaysia Adalah Antara Termurah Di Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info