Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Flat – Pemalam Untuk Chrome Yang Mengubah Paparan Facebook Anda

Terdapat beberapa jenis userscript yang mengubah beberapa web untuk paparan anda. Terkini, sebuah pemalam khusus hadir dengan konsep sama, dinamakan sebagai Facebook Flat dan ditawarkan khusus untuk pengguna Chrome.

Dengan memasang pemalam berkenaan, pengguna akan boleh mengubah paparan antaramuka laman sosial terkemuka berkenaan untuk menjadi sedikit kemas berbanding yang ditawarkan hari ini, selain pada masa yang sama menyusun pelbagai pautan dengan lebih baik lagi.

Facebook Flat

Facebook Flat

Namun, terdapat beberapa kekurangan juga, termasuk bahagian tepi kiri yang jaraknya agak terlebih. Pembangunnya mengatakan mereka sedang dalam proses untuk mengatasi perkara berkenaan.

Bagi anda yang ingin mencuba paparan baru ini, anda boleh memasang pemalam Facebook Flat pada Chrome, dan mencubanya sendiri. Anda boleh nyah-aktifkan paparan tersebut dengan membuang pemalam ini daripada pelayar web Chrome anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Flat – Pemalam Untuk Chrome Yang Mengubah Paparan Facebook Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info