Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Blackberry Mungkin Berhenti Mengeluarkan Peranti Sekiranya Terus Mengalami Kerugian

Nasib yang dialami oleh Blackberry adalah amat menginsafkan. Pernah suatu ketika merupakan pengeluar peranti yang diminati ramai, kini sedang nazak dengan jumlah jualan peranti tahun lalu bersamaan dengan jualan iPhone selama 8 hari. Ia mengingatkan kita bahawa rezeki di tangan tuhan dan anda boleh tersungkur sepantas anda diletakkan di atas. Keadaan Blackberry sangat runcing sehingga mereka akhirnya akan mengeluarkan peranti Android dan bukan peranti dengan sistem operasi mereka sendiri.

BlackBerry Leap

Terkini CEO Blackberry John Chen dipetik di dalam temuramah oleh Bloomberg berkata, Blackberry mungkin akan berhenti menghasilkan peranti sekiranya terus mengalami kerugian. Di dalam suku yang terakhir, keuntungan syarikat menurun sebanyak 31 peratus berbanding suku yang sama tahun lalu. Blackberry kemudian hanya akan menumpukan usaha menghasilkan perisian untuk golongan profesional. Beliau turut mengatakan strategi Blackberry ialah penghasilan peranti berspesifikasi tinggi yang mensasarkan golongan profesional dan menghentikan penjualan peranti berspesifikasi rendah. Pasaran peranti berspesifasi rendah kini dipenuhi peranti dari China pada harga yang amat murah. Pihak Blackberry tidak mampu bersaing di dalam pasaran peranti mampu milik buat masa ini. Pada waktu yang sama jumlah peranti baru akan dikurangkan dari empat kepada hanya dua setahun.

Strategi yang dilakukan oleh Blackberry ini mungkin dapat menyelamatkan mereka dari pupus. Kini terpulang kepada pengguna untuk memberikan peluang kedua kepada Blackberry untuk bangkit semula seperti Phonix dari abu. Peranti Android pertama mereka dengan sistem keselamatan profesional pastinya dinantikan. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Blackberry Mungkin Berhenti Mengeluarkan Peranti Sekiranya Terus Mengalami Kerugian"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info