Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bagaimana Mengaktifkan Cortana Pada Komputer Windows 10

Pembantu maya Cortana adalah perkhidmatan terpasang pada kesemua peranti Windows 10. Namun bagi penduduk di luar Amerika Syarikat, Cortana tidak diaktifkan secara default. Berikut adalah langkah yang boleh anda ambil bagi mengaktifkannya di komputer Windows 10 milik anda.

1. Masuk ke skrin “Settings” komputer anda. Ini boleh dilakukan dengan menaip “Setting” pada ruang carian pada bucu kiri skrin atau menekan butang “Setting” pada papan kekunci komputer anda.

Cortana-1

2. Pada skrin Settings, pilih Time & Laguage. Seterusnya pilih Region & Language. Pada menu Country & Region tukar lokasi anda kepada Amerika Syarikat. Tukar juga pilihan bahasa kepada English United States.  Kedua-duanya harus ditukar bagi memastikan Cortana dapat diaktifkan.

Cortana-23. Akhir sekali kembali kepada butang “Search” pada bucu kiri skrin anda. Aktifkan Cortana dam kini ia akan berfungsi tanpa sebarang masalah.

Cortana-3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bagaimana Mengaktifkan Cortana Pada Komputer Windows 10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info