Pada bulan lepas, Vivo telah memperkenalkan telefon pintar mereka yang hadir dengan keupayaan merakamkan gambar pada resolusi 32-megapixel. Kini, selang sebulan, pihak Vivo dilihat telah dalam persiapan untuk melancarkan peranti yang dikenali sebagai Vivo X5 Pro berkenaan untuk pasaran tempatan.
Vivo merupakan salah satu syarikat China, dan telah mula menawarkan peranti mereka di Malaysia sejak daripada tahun lepas. Beberapa peranti mereka turut diiklankan dengan meluas di beberapa lokasi utama, tetapi ia boleh dikatakan masih kurang popular berbanding sejumlah peranti pesaing lain dari negara sama.
Vivo X5 Pro ini membawakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan Super AMOLED serta kaca 2.5D, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615, dan dijana menggunakan Android yang telah diubah-suai menggunakan antaramuka khusus daripada pihak Vivo.
Fokus utama pada peranti ini adalah rakaman gambar hadapan 8-megapixel dan kamera belakang 13-megapixel, selain kameranya yang boleh digunakan untuk merakamkan gambar pada resolusi 32-megapixel (dilakukan dengan mengabungkan beberapa rakaman menggunakan kamera peranti berkenaan).
Vivo bakal mengumumkan peranti ini secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada 25 Jun kelak, dan harga jualannya dijangka akan diumumkan pada tarikh tersebut.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vivo X5 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 25 Jun Ini"