Peranti terbaru dari Xiaomi iaitu Xiaomi Mi4i telahpun memasuki pasaran tempatan pada bulan lepas dan pada 12 Jun ini Lazada bakal membawakan peranti tersebut dan disertakan aksesori dari Xiaomi yang menjadi rebutan ramai iaitu Mi Band dan juga Mi Power Bank.
Bagi anda yang tidak mengenali peranti flagship terbaru dari Xiaomi iaitu Mi4i, telefon pintar berspesifikasi pertengahan dengan ciri premium ini membawakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel dengan lensa rakaman luas, selain bateri berkapasiti 3120mAh. Xiaomi juga turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan dwi-SIM, dimana kedua-dua SIM boleh menggunakan rangkaian 4G.
Pada 12 Jun ini Xiaomi Mi4i ini akan dijual secara pakej bersama dengan pilihan 1 iaitu Mi4i disertakan Mi Power Bank 10,400 mAh atau pilihan 2 iaitu Mi4i disertakan Mi Band. Kedua-dua pakej pilihan ini akan dijual pada harga RM 799 di Lazada dan hanya 500 unit tersedia untuk setiap pakej pilihan. Bagi anda yang ingin membuat pembelian di halaman Lazada, penjualannya hanya akan dibuka pada 12 Jun ini secara flash sales iaitu berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Dengan kerjasama Lazada, cabutan bertuah untuk peranti ini akan diadakan bermula hari ini sehingga 12 Jun 1159PM. Cara ntuk memenanginya sangat mudah. Peserta hanya perlu menyatakan pakej pilihan mana yang lebih disukai, sama ada Pilihan 1 (Mi4i + Mi Power Bank) atau Pilihan 2 (Mi4i + Mi Band). Seorang pemenang akan dipilih pada hujung minggu dan pemilihan akan dilakukan secara rawak.
Peraduan ini dibuka kepada semua pembaca yang mempunyai alamat pengeposan di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 1159 malam (12 Jun).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Amanz X Lazada – Jawab Soalan Mudah dan Menangi Xiaomi Mi4i"