Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uber Mengambil-Alih Sebahagian Aset Bing Maps Dalam Mengukuhkan Teknologi Pemetaan Mereka

Uber sebelum ini telah beberapa kali dikaitkan dengan pengambil-alihan Nokia HERE Maps. Hari ini, perkara sebaliknya berlaku, apabila Uber mengumumkan akan mengambil-alih sebahagian aset pemetaan Microsoft Bing, termasuk pekerja disebaliknya yang sekitar seramai 100 orang.

Uber merupakan sebuah perkhidmatan yang menghubungkan pemandu dan pengguna. Salah satu komponen utama pada aplikasi berkenaan adalah pemetaan, membolehkan pengguna untuk melihat lokasi kenderaan, dan menetapkan dimanakah pemandu perlu mengambil mereka.

Uber dikatakan akan mendapatkan sejumlah jurutera pengumpulan data dan imej melalui transaksi ini, dan Uber mungkin lebih berminat untuk mendapatkan teknologi disebalik pengumpulan data berkaitan dengan pemetaan. Maklumat penuh mengenai pemindahan teknologi antara Microsoft dan Uber ini tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Mengambil-Alih Sebahagian Aset Bing Maps Dalam Mengukuhkan Teknologi Pemetaan Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info