Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uber Melancarkan Perkhidmatan Di Pulau Pinang Secara Rasminya

Uber telah mula menawarkan perkhidmatan tempahan pemandu mereka di Pulau Pinang sejak bulan Mei yang lepas, dan kini mereka telah pun melancarkan perkhidmatan mereka secara rasminya di Pulau Pinang. Ini sekaligus membawakan perkhidmatan kontroversi mereka ke pulau berkenaan, sekaligus memberikan pilihan kepada para pengguna.

Uber merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan para pengguna membuat tempahan pemandu, dan ia akan menghubungkan kepada pemandu untuk hadir dan menghantar pengguna ke lokasi yang diinginkan. Uber menggunakan beberapa kenderaan yang dijaga rapi untuk tujuan mengambil dan menghantar pengguna, sekaligus menawarkan pengalaman yang lebih selesa berbanding dengan teksi.

Uber Pulau Pinang

Namun, salah satu kontroversi yang hadir adalah dimana perkhidmatan Uber menggunakan pemandu yang tidak berdaftar dengan SPAD, sekaligus membawa kepada bahaya penumpang yang menaikinya. Uber mengatakan mereka menggunakan bukan sahaja pemandu profesional dan bekas pemandu teksi, tetapi turut menggunakan pelajar universiti sebagai pemandu Uber.

Di Pulau Pinang, Uber menawarkan pilihan kenderaan seperti Myvi, Proton Saga dan juga Honda City, dimana mereka mengenakan caj tambang asas sebanyak RM2, dan ditambah dengan caj RM0.35 seminit serta RM0.70 per km.

Bersempena dengan pelancaran di Pulau Pinang, Uber turut menawarkan pemanduan tanpa had bernilai sehingga RM20 setiap satu dengan menggunakan kod kupon UBERFREEWEEKPG. Promosi ini ditawarkan oleh mereka dari 29 Jun hingga 5 Julai 2015 ini.

Layari : Uber Penang


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Melancarkan Perkhidmatan Di Pulau Pinang Secara Rasminya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info