Antara keluhan yang kerap didengari dari pengguna kerusi roda di Malaysia ialah kekurangan jumlah tanjakan dan lif di tempat awam untuk memudahkan pergerakan mereka. Kadang kala tanjakan kerusi roda yang dibina adalah terlalu curam sehingga membahayakan pengguna. Ketiadaan dua benda tersebut mengurangkan mobiliti mereka dan membuatkan mereka perlu mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk bergerak. Seperti kita semua pengguna kerusi roda mahu menjalani hidup dan berdikari.
Masalah kekurangan kemudahan mesra pengguna kerusi roda mungkin dapat diselesaikan dengan Scalevo. Ianya kerusi roda yang mampu mendaki dan menuruni tangga dengan mudah. Kerusi roda Scalevo mempunyai sistem tayar berunut seperti kereta kebal pada bahagian bawah. Apabila diperlukan tayar berunut ini boleh diturunkan dan tangga tidak akan mendatangkan masalah kepada kerusi roda ini. Seperkara lagi yang menarik mengenai Scalevo ialah ia bergerak dengan menggunakan dua roda seperti sebuah Segway. Tambah menakjubkan projek ini dibangunkan oleh pelajar jurusan kejuruteraan elektrik dan mekanikal Swiss Federal Institute of Technology dan The Zurich University of the Arts.
Projek Scalevo masih sedang diperhalusi dan masih merupakan sebuah prototaip. Kelajuan mendaki tangganya masih lagi perlahan dan dilakukan secara manual oleh penggunanya. Tetapi apabila ianya siap kelak ia pasti akan memudahkan kehidupan pengguna kerusi roda seluruh dunia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Scalevo : Kerusi Roda Yang Boleh Mendaki Tangga Dengan Mudah"