Sembang Maniac

Sembang-sembang je

NVIDIA Quadro GV100 Diperkenalkan Di GTC 2018- Kad Grafik Profesional Paling Berkuasa Di Dunia

Di acara GPU Technology Conference yang sedang berlangsung pada minggu ini, NVIDIA memperkenalkan kad grafik yang dikatakan kad grafik yang paling berkuasa di dunia untuk golongan profesional berdasarkan cip grafik Volta mereka yang terbaru yang dinamakan NVIDIA Quadro GV100.

Selain daripada cip grafik Volta, kad grafik GV100 ini juga hadir dengan 5120 teras CUDA, memori HBM2 sebanyak 32GB yang menggunakan kuasa sebanyak 250W.

Dari segi penggunaan, kad grafik GV100 ini lebih digunakan untuk tugas-tugas perkomputeran seperti menyelesaikan tugasan seperti pengiraan matematik, simulasi sains dan sebagainya.

Tugas ini juga boleh dilakukan oleh kad grafik Titan V sebelum ini, tetapi oleh kerana kad tersebut tidak mempunyai cip memori Error Correcting Code (ECC), penyelesaian yang dilakukan oleh kad grafik tersebut tidak selalu tepat berbanding dengan kad grafik GV100 ini yang hadir dengan memori ECC tersebut.

Dalam pada itu, oleh kerana ini adalah kad grafik yang berasaskan cip grafik Volta, ia juga hadir dengan teras Tensor, yang biasanya digunakan untuk tujuan deep learning dan pembinaan kecerdasan buatan.

Pihak NVIDIA juga menyatakan bahawa NVIDIA bakal menjual kad grafik NVIDIA Quadro GV100 ini pada bulan April 2018 kelak, tetapi buat masa ini, mereka masih belum lagi mengumumkan harga untuk kad grafik tersebut.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "NVIDIA Quadro GV100 Diperkenalkan Di GTC 2018- Kad Grafik Profesional Paling Berkuasa Di Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info