Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Honor 6? Anda Kini Boleh Mendaftar Untuk Mencuba Beta Android 5.1 Pada Peranti Anda

Huawei sebelum ini telah membuka pendaftaran minat untuk mencuba versi beta untuk Android 5.1 dan juga EMUI 3.1 pada Huawei P7 dan juga Mate 7. Kini, anak syarikat mereka, Honor turut membuka pendaftaran minat untuk ujian versi sama tetapi untuk peranti Honor 6.

Melalui halaman pendaftaran minat, pihak Honor Malaysia mengatakan Android 5.1 dan juga EMUI 3.1 ini bakal membawakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan light-painting serta mod rakaman malam yang baru. Disamping itu, latar dan juga warna tulisan pada panel notifikasi juga turut dikemaskini. Sokongan lain yang dibawakan oleh Android 5.1 turut dijangka akan diintegrasikan pada kemaskini ini.

Bagi anda yang menggunakan Honor 6, anda boleh mendaftarkan minat untuk mencuba Android 5.1 / EMUI 3.1 versi beta ini pada peranti anda, sebelum ia diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna dalam beberapa bulan lagi.

Honor 6 EMUI 3.1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pengguna Honor 6? Anda Kini Boleh Mendaftar Untuk Mencuba Beta Android 5.1 Pada Peranti Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info