Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Ingin Tawarkan Ciri “Smart Reply” Ke Semua Aplikasi Permesejan

Google sebelum ini telah memperkenalkan sokongan yang dinamakan sebagai “Smart Reply” pada perkhidmatan emel mereka. Melaluinya, ia akan mengimbas mesej yang anda terima, dan mencadangkan beberapa mesej balasan yang bersesuaian dengannya hasil pembelajaran mesin dan sebagainya.

Kini, selain hanya terhad pada GMail, dan Allo, pasukan di Area 120 bawah Google sedang membangunkan sebuah projek khusus dinamakan sebagai “Reply”.

Google Reply

Melalui Reply, ia ingin memudahkan pengguna membuat balasan menggunakan mana-mana aplikasi permesejan dengan mudah. Seperti biasa, anda akan diberikan beberapa balasan untuk mesej yang diterima – dan anda hanya perlu tap padanya untuk membalas. Berbeza dengan pada GMail dan Allo yang mana mesej balasan automatik dipaparkan dalam aplikasi, untuk Reply, ia menggunakan kelebihan pada sistem notifikasi Android, dan memaparkan balasan pantas pada bahagian notifikasi ketika anda menerima mesej.

Projek ini bukan terhad kepada beberapa aplikasi milik Google dan hadir terbina pada Android sahaja, tetapi turut boleh digunakan pada Facebook Messenger, WhatsApp, Twitter, dan sebagainya. Ia juga dijangka akan ditawarkan untuk pengguna Android terlebih dahulu sebelum ke platform lain.

Reply dikatakan masih pada peringkat awal pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Ingin Tawarkan Ciri “Smart Reply” Ke Semua Aplikasi Permesejan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info