Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mobiado m|CUBE – Pengecas Mewah Diperbuat Daripada Kaca

Pengecas peranti mungkin adalah aksesori yang paling penting dalam kehidupan anda tetapi anda tidak akan berbelanja besar untuk memilikinya. Tidak pernah lagi kami bertemu dengan sesiapa yang akan membeli pengecas tambahan pada harga mahal kerana pengecas yang diterima sekali dengan peranti sudah mencukupi. Tetapi sekiranya anda adalah golongan minoriti yang mahukan pengecas peranti yang lebih mewah kini wujud m|CUBE

Mobiado-mCUBE-1

m|CUBE ialah pengecas yang diperbuat daripada bongkah kaca dan dicipta untuk memberikan ilusi peranti anda terapung ketika dicas. Ia dihasilkan oleh Mobiado, pengeluar peranti mewah yang berpangkalan di  Kanada. Harga m|CUBE untuk model asas bermula dari $250 (RM 943) sebuah dan $650 (RM 2400) untuk model paling mewah. Harga yang agak mahal untuk pengecas tetapi Mobiado menghasilkan telefon mudah alih yang harganya bermula sekitar RM 13 000 sebuah.

Mobiado-mCUBE-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mobiado m|CUBE – Pengecas Mewah Diperbuat Daripada Kaca"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info