Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Hadir Dengan Bateri Berbentuk Heksagon – Menawarkan Kapasiti Tenaga Tambahan Untuk Jam Tangan Pintar

Jam tangan pintar merupakan antara peranti yang kini menjadi sasaran sejumlah syarikat pengeluar peranti elektronik. Boleh dikatakan ramai pengguna meminati jam tangan pintar berbentuk bulat, dan bersempena dengannya, kini LG hadir dengan sebuah bateri berbentuk heksagon khusus untuknya.

Melalui bateri berbentuk heksagon ini, LG mengatakan ia menawarkan lebih 25% kapasiti simpanan tenaga pada jam tangan berbentuk bulat, berbanding dengan penggunaan bateri berbentuk empat-segi sebelum ini.

LG Chem Hexagon

Bateri masih menjadi salah satu kekangan untuk jam tangan pintar pada hari ini, dimana kebanyakkan jam tangan pintar hanya mampu bertahan sehingga sehari sahaja. Melalui penggunaan bateri berbentuk heksagon ini, walaupun ia menambah hanya 25% kapasiti simpanan sahaja, tetapi setiap jam tambahan yang dibawakan olehnya semestinya disukai dan dihargai pengguna.

LG tidak mengumumkan lagi siapakah syarikat terawal yang menggunakannya. Ia tidak mustahil untuk melihat LG sendiri menggunakan bateri baru ini pada jam tangan pintar baru mereka yang bakal hadir.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Hadir Dengan Bateri Berbentuk Heksagon – Menawarkan Kapasiti Tenaga Tambahan Untuk Jam Tangan Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info