Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Sedang Bersedia Untuk Memperkenalkan Sokongan “OK Google” Secara Offline

Pada kebanyakkan peranti Android terkini, anda mungkin melihat sebuah widget berbentuk kotak carian dengan ikon mikrofon pada penghujungnya. Ia boleh diaktifkan dengan menyebut “OK Google”, dan seterusnya membuat carian berkaitan. Kini, Google dilihat ingin memperluaskan penggunaannya – dimana bukan terhad untuk memerlukan internet seperti sebelumnya, tetapi turut boleh digunakan secara offline.

OK Google

Perkara ini ditemui oleh AndroidPolice melalui fail APK terkini untuk aplikasi Google. Secara offline, pengguna hanya akan terhad untuk membuat beberapa perkara sahaja, termasuk antaranya adalah seperti membuat panggilan, menghantar SMS, memainkan muzik dalam peranti, ataupun mengaktifkan rangkaian WiFi.

Daripada percubaan kami menggunakan versi APK Google App terkini, ia masih tidak berfungsi secara lancar berbanding penggunaan ketika dengan akses internet. Mungkin Google masih pada peringkat ujian awal untuk fungsi berkenaan, dan mereka hanya akan melancarkan atau mengumumkannya setelah bersedia kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Sedang Bersedia Untuk Memperkenalkan Sokongan “OK Google” Secara Offline"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info