Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dron Dan UAV Mungkin Perlu Kelulusan Jabatan Penerbangan Awam Sebelum Diterbangkan

Dron dan UAV (Unmanned Aerial Vehicle) merupakan salah satu perkara yang menjadi perhatian ramai akhir-akhir ini, selain memudahkan pengguna mendapatkannya di pasaran dengan pada harga mampu-milik. Dengan meningkatnya penggunaan ia di Malaysia, kini beberapa perkara berkaitan dengan dron dan UAV sedang dalam kajian pihak kerajaan – termasuk salah satunya adalah pendaftaran untuk menggunakannya.

Dalam memastikan keselamatan industri penerbangan dan supaya tidak menjejaskan kapal terbang, helikopter serta pesawat ringan, kini ia dilaporkan berkemungkinan penggunaan dron dan UAV akan diminta untuk didaftarkan dan menerima kelulusan pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu sebelum ia diterbangkan. Ini mungkin untuk mengelak serta mengehadkan dron daripada diterbangkan di beberapa lokasi seperti lapangan terbang dan sebagainya.

Seperti biasa, ia masih pada peringkat awal kajian, dan tiada sebarang kata putus buat masa ini – termasuk adakah semua akan diwajibkan atau pengguna di sesuatu lokasi terhad sahaja (seperti berhampiran lapangan terbang).

Kerajaan turut menekankan supaya semua pemilik dan peminat pesawat persendirian mematuhi pelbagai undang-undang yang telah ditetapkan DCA (Jabatan Penerbangan Awam) supaya keselamatan ruang udara negara terus terjamin.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dron Dan UAV Mungkin Perlu Kelulusan Jabatan Penerbangan Awam Sebelum Diterbangkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info