Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenpad Z 8 Z580 Dan Zenpad 8 Z380 Dilancarkan – Dengan Cangkerang 6 Pembesar Suara Dan Power Bank Terbina

ASUS-ZenPad-S-8-0

Dua buah tablet baru keluarga Zenpad diperlihatkan juga hari ini. Dua model tersebut ialah Asus Zenpad S 8 Z580 dan Zenpad 8 Z380. Perbezaan diantara kedua-dua model ini ialah penggunaan pemproses yang berbeza. Zenpad S 8 Z580 menggunakan pemproses Intel Atom Z3580 manakala Zenpad 8 Z380 menggunakan pemproses Intel x3-C3200. Bolehlah dikatakan Zenpad S 8Z580 ialah versi tablet untuk Zenfone 2 ZE551ML kerana turut mempunyai RAM sebesar 4 Gigabyte. Skrin 8″ Zenpad S 8 Z580 pula menyokong resolusi  QXGA (1536x 2048). Port pengecasan USB-C turut digunakan.

Zenpad 8 Z380 pula mempunyai skrin 8″ (1200 x800 pixel) dam RAM 2 Gigabyte. Kedua-dua tablet ini mempunyai kemasan logam serta dua cangkerang panel belakang yang unik. Panel pertama adalah pek bateri tambahan yang menambah penggunaan bateri selama 15 jam. Tiada maklumat tentang saiz pek bateri yang digunakan. Panel kedua pula ialah sistem audio 5.1 dengan enam pembesar suara. Ia menyokong DTS HD dan mempunyai sumber kuasa sendiri yang mampu berfungsi selama enam jam. Aksesori Z Stylus turut diperlihatkan. Ia memudahkan lakaran secara terus kepada skrin tablet. Ia menggunakan bateri dan boleh berfungsi selama 150 jam. Z Stylus mempunyai 1024 tahap kepekaan. Ini meletakkannya setanding dengan stylus sebuah Galaxy Note 3 tetapi di belakang Galaxy Note 4.

Pihak Asus turut menggunakan teknologi True2Life+ pada skrin kedua-dua tablet ini yang menurut mereka memberikan paparan yang lebih hidup. Maklumat lebih lanjut tentang harga, spesifikasi lengkap dan bilakah ia akan memasuki pasaran bakal menyusul sebentar lagi.

Zenpad tru to life speaker 5.15 zen case Z stylus 3  Zenpad tru to life speaker 5.15 zen case Zenpad tru to life speaker 5.1 2Zenpad tru to life speaker 5.15 zen case Z stylus

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenpad Z 8 Z580 Dan Zenpad 8 Z380 Dilancarkan – Dengan Cangkerang 6 Pembesar Suara Dan Power Bank Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info