Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Wolfram Hadir Dengan Web Yang Boleh Mengenal-Pasti Kandungan Gambar

Wolfram Alpha mungkin sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang sering mebuat carian berkaitan matematik, atau menggunakan BlackBerry Assistant yang bergantung kepada data daripadanya. Terkini, pembangun disebaliknya turut hadir dengan sebuah projek baru dinamakan sebagai Image Indentification Project”.

Image Identification Project

Melalui projek berkenaan, ia dilihat boleh mengenal-pasti kandungan sebarang gambar yang dimuat-naik ke perkhidmatan tersebut. Pengguna hanya perlu memuatkan gambar ke web mereka melalui desktop atau peranti mudah-alih, dan ia akan memberitahu apakah kandungan disebalik gambar yang dimuat-naik – sebagai contoh, buah-buahan, manusia, haiwan dan sebagainya.

Ia sekaligus memperlihatkan keupayaan pintar yang boleh diintegrasikan kepada pelbagai platform dan aplikasi lain untuk membawanya setapak lagi ke hadapan. Wolfram sendiri menyediakan API untuknya untuk membolehkan para pengguna menggunakan ia dalam pembangunan mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Wolfram Hadir Dengan Web Yang Boleh Mengenal-Pasti Kandungan Gambar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info