Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Windows 10 Untuk Desktop Akan Hadir Terlebih Dahulu Berbanding Versi Telefon

Windows 10 merupakan salah satu sistem operasi yang dinantikan ramai, dan menjadi fokus utama pihak Microsoft pada sistem operasi berkenaan adalah sokongan universal untuk pelbagai saiz skrin berbeza. Walaubagaimanapun, ia dilihat Microsoft akan memperkenalkan Windows 10 mengikut latar masa berbeza bagi telefon dan juga desktop.

Windows 10

Windows 10 untuk desktop akan hadir terlebih dahulu, dimana seperti semua sedia maklum, ia akan ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan juga Windows 8. Menjadi fokus utama pihak Microsoft untuk desktop memandangkan ia merupakan versi yang paling digunakan ramai di seluruh dunia berbanding dengan versi telefon pintar.

Windows 10 untuk telefon dijangka akan hadir untuk telefon pintar selang beberapa minggu selepas itu, dan seperti semua sedia maklum, ia akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.

Perkara ini mungkin dijangka ramai, apatah lagi dengan pihak Microsoft sendiri menawarkan kemaskini untuk Windows Insider bermula dengan versi desktop, dan versi telefon hanya hadir selepas beberapa minggu untuknya. Perkara ini juga turut membolehkan mereka mengoptimasikan lagi penawaran Windows 10 untuk telefon, yang mana ia lebih mudah dilakukan untuk desktop.

Seperti semua sedia maklum, untuk telefon, penawaran fungsi akhir Windows 10 adalah berbeza-beza mengikut keupayaan telefon berkenaan. Terdapat sesetengah model telefon pintar yang tidak akan menerima keseluruhan fungsi Windows 10 berbanding dengan desktop yang mana pembangunannya lebih mudah.

Microsoft dijangka akan memperkenalkan Windows 10 dalam beberapa bulan lagi – dan beberapa desas-desus mengatakan ia berkemungkinan seawal penghujung Julai 2015 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Windows 10 Untuk Desktop Akan Hadir Terlebih Dahulu Berbanding Versi Telefon"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info