Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tahukah Anda Asal-usul Tarian Joget?

Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, Joget membawa erti sejenis tarian dan irama Melayu yang agak rancak iramanya.

Tarian Joget

Disebalik maksud itu, sekilas pandang, tarian ini sebenarnya adalah manifestasi budaya timur dan barat.

Menurut beberapa buah manuskrip lama, Joget dibawa oleh masyarakat Portugis melalui pelayaran mereka mencari tanah baru di kawasan timur.

Tarian asal yang dipersembahkan mereka dikenalo sebagai Branyo. Mungkin tidak tahu apa itu Branyo? Tapi anda mungkin kenal dengan lagu 'Jingli Nona'. Inilah permulaan Joget di nusantara.

Branyo berkembang melalui laluan rempah dan tersebar sebagai perayaan yang mengasyikkan.

Semasa masyarakat Portugis menduduki Melaka sekitar 1511, masyarakat majmuk tempatan mengadaptasi keasyikan Branyo dengan cara menarikannya di jalanan. Tarian ini dikenali sebagai 'Joget lambak'. Alat muzik, pantun seloka dan rentak muzik menyamai Branyo.

Selepas beberapa generasi berlalu, irama joget dan tariannya berkembang ke dalam masyarakat Melayu Melaka. Perkembangan ini ditonjolkan melalui pesta yang diraikan seperti majlis kahwin dan sebagainya.

Bagaimanapun, orang Melayu Melaka tidak memanggilnya sebagai Joget, sebaliknya disebut sebagai 'Chakunchak'.

BACA INI JUGA: 5 Lagu Dangdut Yang Diharamkan Kerana Tidak Bermoral

-SENTIASAPANAS.COM



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tahukah Anda Asal-usul Tarian Joget?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info