Pelbagai syarikat akhir-akhir ini memfokuskan kepada pengeluaran jam tangan pintar, tetapi ramai yang masih tidak selesa menggunakannya kerana masa bertahan bateri yang hanya sekitar dua tiga hari sahaja. Malah terdapat beberapa yang menawarkan masa bertahan kurang sehari, dan yang paling lama adalah sekitar seminggu buat masa ini.
Perkara ini ingin diubah oleh pengeluar jam tangan terkemuka, iaitu Swatch. Mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang jam tangan pintar hari ini berkongsi mengatakan mereka ingin memfokuskan kepada kuasa bateri pada jam tangan pintar, dan bakal hadir dengan bateri yang bertahan sehingga 6 bulan lamanya.
Tidak banyak info yang dikongsikan buat masa ini, tetapi Swatch dilihat menyasarkan untuk memperkenalkannya sekitar tahun 2016 kelak. Menariknya, revolusi yang ingin dibawakan ke arena bateri ini mungkin tidak terhad kepada jam tangan sahaja, dan turut boleh digunakan untuk arena automotif.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Swatch Merancang Untuk Hadir Dengan Bateri Jam Tangan Pintar Yang Bertahan Sehingga 6 Bulan"