Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skype Translator Preview Kini Boleh Digunakan Semua – Terjemahan Panggilan Video Dalam Masa-Nyata

Microsoft telah memperkenalkan sokongan Skype Translator pada tahun lepas dalam bentuk beta terhad, membolehkan para pengguna Skype untuk menikmati terjemahan masa-nyata ketika membuat panggilan video – sekaligus mengurangkan lagi jurang bahasa antara anda dan penerima panggilan.

Kini, sokongan tersebut yang ditawarkan dalam bentuk beta tersebut telah pun dibuka kepada umum, membolehkan anda memuat-turun perisian tambahan untuk Skype Translator tanpa memerlukan sebarang jemputan dan sebagainya.

Skype Translator Mandarin

Buat masa ini, Skype Translator menyokong hanya empat bahasa sahaja, iaitu Inggeris, Sepanyol, Itali, dan juga Mandarin. Bagi pengguna tempatan, mungkin Inggeris dan Mandarin akan menjadi sangat berguna – terutamanya yang menggunakan Skype bagi tujuan perniagaan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Skype Translator yang masih dikategorikan sebagai preview ini, dan mencuba sendiri fungsi terjemahan masa-nyata yang ditawarkan mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Skype Translator Preview Kini Boleh Digunakan Semua – Terjemahan Panggilan Video Dalam Masa-Nyata"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info