Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo A7000 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Dolby Atmos Pada Harga RM699

Lenovo A7000

HTC mempunyai HTC Boomsound dengan sokongan Dolby 5.1. Kini Lenovo maju setapak lagi dengan sokongan Dolby Atmos pada peranti Lenovo A7000 mereka yang baru dilancarkan sebentar tadi. A7000 mempunyai skrin 5.5″ (720), pemproses 1.5 GHz lapan teras Mediatek MT6782m. RAM 2 GB dan muatan dalaman 8 Gigabyte (sokongan kad SD sehingga 32 GB). Kemampuan optik pula ialah 8 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Kapasiti bateri pula ialah 2900 mAh. Ini meletakkan Lenovo A700 sebagai peranti kelas pertengahan sebaris dengan Honor 4X dan Zenfone 2.

Di Malaysia ia akan dijual pada harga RM699. Pada masa yang sama Lenovo berganding dengan Lazada untuk menjual peranti ini pada harga RM 625. Pra tempahan boleh dilakukan bermula  hari ini dan jualan akan dilakukan pada 20 Mei ini.

Lenovo A7000 ialah peranti pertama yang membawakan sokongan Dolby Atmos. Sistem audio Atmos menyokong sehingga 128 saluran bunyi berbeza berbanding hanya 5.1 saluran pada sistem audio biasa. Filem pertama yang menyokong Atmos ialah Brave sementara BluRay pertama yang menyokongnya pula ialah Transformers Age of Extinction.

Lenovo-A7000-008



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lenovo A7000 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Dolby Atmos Pada Harga RM699"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info