Bekas pengurus Tegar iaitu Muhammad Arif Dollah, 30, kini tampil bersuara untuk mempertahankan dirinya setelah sekian lama mendiamkan diri. Kali terakhir berita tentang Arif ialah desas-desus dirinya ditahan oleh polis Singapura selepas Tegar dan bekas anak tirinya, Sufie Rashid, 24, membuat laporan polis di sana.
Menurut Arif, dia akan mengheret ke mahkamah pihak yang menuduhnya melakukan gangguan seksual termasuk anak tirinya, Sufie.
"Saya sudah puas diaibkan. Bukan saja dituduh melakukan gangguan seksual terhadap Tegar tetapi bekas anak tiri saya juga merancang agenda untuk meraih populariti dengan membuat tuduhan itu kepada saya.
"Pihak-pihak yang berkaitan akan saya heret ke mahkamah," ujar Arif dipetik sebagai berkata.
Klik gambar untuk size besar
<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ISU GANGGUAN SEKSUAL - ARIF DOLLAH AKAN HERET PERTUDUH KE MAHKAMAH"