Google selain menyentuh berkaitan platform carian serta Android pada Google I/O, mereka juga turut menyentuh secara ringkas berkaitan dengan platform realiti-maya mereka yang telah diperkenalkan pada tahun lepas dibawah jenama Cardboard.
Google Cardboard telah diperkenalkan pada I/O 2014 yang lepas, membolehkan sesiapa sahaja menggunakan barang yang mudah didapati dan menghubungkan ia kepada telefon pintar untuk menikmati kandungan berbentuk realiti-maya.
Untuk tahun ini, Google mengumumkan sedikit kemaskini untuk penawaran Cardboard mereka. Melalui versi baru, ia menyokong peranti bersaiz 6-inci, selain turut menggantikan sokongan kawalan fizikal berasaskan magnet sebelum ini dengan sesuatu yang lebih serasi untuk digunakan pada pelbagai platform.
Disamping itu, Google turut mengumumkan inisiatif Jump, yang ingin memudahkan para pengguna dan sesiapa sahaja untuk hadir dengan kandungan mereka tersendiri yang selari untuk digunakan untuk paparan realiti maya.
Untuk tujuan tersebut, Google mengumumkan sokongan susunan kamera dalam bentuk bulatan untuk rakaman video atau gambar yang boleh dilihat menggunakan sokongan realiti-maya. Sebanyak 16 kamera disusun secara membulat sebelah menyebelah, dalam merakamkan pelbagai sudut dengan cantik.
Google mengatakan mereka akan berkongsi Camera Geometry tersebut untuk sesiapa sahaja membangunkan susunan kamera mereka. Pada masa yang sama, Google turut mengumumkan kerjasama dengan pihak GoPro, yang mana akan memudahkan pengguna untuk membeli dan menggunakannya.
Disamping itu, pada Google I/O juga, Google memperlihatkan sedikit demo bagaimana kandungan yang dirakamkan dicantumkan, dan seperti biasa pengguna boleh terbitkan ia terus ke YouTube.
Bercakap mengenai dunia realiti-maya juga, Google turut mengumumkan mereka telah bereksperimen penggunaannya untuk lawatan maya ke sesuatu lokasi di beberapa sekolah seluruh dunia – sekaligus membawa kepada kaedah pembelajaran baru dalam bilik darjah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mengemaskini Platform Realiti-Maya Mereka, Mengumumkan Sokongan Untuk Memudahkan Rakaman Kandungan"