Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Bakal Berkongsi Mengenai Android M Pada Acara Google I/O Bulan Ini

Google menggunakan nama versi Android mengikut turutan abjad, dan dengan Android L atau Android Lollipop yang telah diumumkan pada tahun lepas, kini ramai menantikan apakah yang bakal dibawa oleh Google melalui Android M kelak.

Google sebelum ini telah beberapa kali berkongsi mengenai Android pada Google I/O – iaitu acara tahunan mereka memfokuskan kepada para pembangun, dan perkara tersebut dijangka akan berterusan pada tahun ini, dan Google bakal berkongsi mengenai Android M pada acara yang dijadualkan pada penghujung Mei ini.

Melalui salah satu agenda yang diterbitkan oleh Google untuk Google I/O pada 28 Mei, mereka menyatakan akan membawakan lebih penawaran untuk penggunaan Android di tempat kerja melalui Android M kelak. Disamping itu, Google juga dilihat ingin memfokuskan lebih lagi berkenaan dengan kawalan suara untuk peranti Android pada acara berkenaan.

Android boleh dikatakan dikemaskini hampir setiap tahun dengan pengenalan versi baru, tetapi menjadi igauan ramai adalah berkenaan bilakah mereka akan menerima kemaskini untuk peranti mereka. Android Lollipop yang telah diperkenalkan pada tahun lepas hanya mencapai angka hampir 10% sahaja baru-baru ini, dan berkemungkinan perkara sama akan turut berlaku untuk Android M ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Android M kelak, dan sementara itu, mari kita fikirkan berkenaan apakah kemungkinan nama Android M.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Bakal Berkongsi Mengenai Android M Pada Acara Google I/O Bulan Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info