Ia merupakan kisah sedih dan menyayat hati seorang isteri ketika memandikan jenazah suami. Seorang isteri menangis-nangis nak mandikan jenazah suaminya, satu perkara yang jarang berlaku. Bagaimanapun ketika itu, bapa mertuanya dan pihak polis forensik tak benarkan.
Wanita berkenaan berkata sambil menangis-nangis…
“Ini janji kami berdua.Jika abang meninggal dulu, kamu (isteri) akan mandikan jenazah abang. Kalau kamu meninggal dulu,abang akan mandikan jenazah kamu.”
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apa yang berlaku. Ustaz jawab tak pe kalau isteri nak mandikan jenazah suaminya. Ustaz tadi dan beberapa orang temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.
Si isteri dengan tenang membasuh muka suaminya sambil berdoa,
“Inilah wajah suami ku yang aku sayang tapi Allah lebih menyayangi abang. Moga Allah ampunkan dosa-dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.”
Isteri membasuh tangan jenazah suami sambil berkata,
“Tangan inilah yang mencari rezeki halal untuk kami. Masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untukmu suami ku.”
Isteri membasuh badan jenazah suami sambil berkata,
“Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak2. Moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku.”
Seterusnya isteri membasuh kaki jenazah suami sambil berkata:
“Dengan kaki ini,abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Terima kasih abang, Moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala berlipat gandanya.”
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata,
“Terima kasih abang kerana aku bahagia selama menjadi isterimu dan terlalu bahagia. Terima kasih kerana meninggalkan aku permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai isterimu redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah.”
Al-fatihah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
Sembang-sembang je
Popular Posts
-
Ketika wanita mengalami rangsangan seksual, salah satu tindak balas yang berlaku ialah kelembapan faraj akibat peningkatan perjalanan darah ...
-
Siapa ahli sukan terbaik sepanjang zaman yang menjadi idola di seluruh dunia? Sebenarnya, sangat ramai ahli-ahli sukan yang hebat dari dahul...
-
Hari ini, umumnya jika kita melihat bendera negara-negara Islam di seluruh dunia, boleh dikatakan hampir kesemuanya terpapar ikon bulan sabi...
-
Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa dari keluarga Viperidae dan di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua...
-
Pada April 2003, iTunes dilancarkan dan ia mengubah dunia pembelian muzik secara atas talian. Ketika dunia dipenuhi program muat turun MP3 s...
-
Serotonin berfungsi sebagai neurotransmitter iaitu sejenis bahan kimia yang membantu menyampaikan isyarat dari satu kawasan otak ke kawasan ...
-
Ini kisah orang pertama yang menjadikan budaya minum bubble tea sebagai satu cara hidup yang bergaya ke dalam Malaysia. Namanya ialah Bryan ...
-
Sejarah penyembahan berhala dikatakan bermula sebelum kerasulan Nabi Nuh a.s., kerana saat kehadirannya kepada kaumnya, majoriti masyarakat ...
-
Perkhidmatan e-wallet atau dompet digital telah berkembang pesat sejak beberapa tahun yang lepas dengan lebih daripada 40 lesen e-wallet tel...
-
Sistem kamera berkembar ialah teknologi yang meletus secara tiba-tiba tahun ini. Apple iPhone 7 Pro dan Samsung Galaxy Note 7 ialah antara p...
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Cerita Sedih Seorang Isteri Semasa Mandikan Jenazah Suaminya"