Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Candy Crush Saga Akan Secara Terpasang Automatik Dengan Naik Taraf Windows 10

Windows 10 bakal hadir dalam beberapa bulan sahaja lagi, dan hampir setiap hari satu demi satu berita mengenainya dikongsikan Microsoft. Hari ini, berkongsi mengenai permainan, Microsoft turut mengumumkan Candy Crush Saga akan hadir ke Windows 10 – yang mana akan membuatkan ramai peminat permainan berkenaan gembira mengenainya.

Candy Crush

Apa yang kurang gembira adalah kerana permainan tersebut akan dipasang secara automatik ketika pengguna menaik-taraf sistem operasi Windows mereka ke Windows 10. Permainan ini mungkin boleh dibuang, tetapi penyertaan perisian tambahan ketika pemasangan Windows mungkin tidak digemari ramai – apatah lagi permainan daripada pihak ketiga seperti Candy Crush Saga.

Dengan penyertaan permainan Candy Crush Saga secara terbina ketika menaik-taraf Windows ini, ia sekaligus membawa kepada pertanyaan adalah pihak Microsoft akan menyertakan lebih banyak permainan lain atau aplikasi secara terbina pada sistem operasi berkenaan.

Windows 10 bakal ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows 8 dan juga Windows 7, serta ia hadir dalam beberapa pilihan variasi berbeza untuk pengguna dan perusahaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Candy Crush Saga Akan Secara Terpasang Automatik Dengan Naik Taraf Windows 10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info