Pada bulan lepas, kita telah mendengar beberapa laporan mengatakan ZenWatch 2 – iaitu jam tangan pintar terbaru daripada Asus hanya akan hadir pada tahun depan. Kini, perkara tersebut dikatakan sebagai kesilapan ketika komunikasi, dan ZenWatch 2 akan diperkenalkan seperti dijadualkan sebelumnya – iaitu pada tahun ini.
ZenWatch 2 dikatakan akan diperkenalkan pada Computex yang dijadualkan pada awal bulan Jun ini, dan ia akan dipasarkan beberapa bulan selepas itu.
Tiada sebarang info berkaitan penawaran spesifikasi dan sebagainya yang diketahui. Sebelum ini Asus telah menekankan ingin memfokuskan pada masa bertahan bateri, dan tidak diketahui sama ada mereka mencapainya ataupun tidak. Seperti generasi yang diperkenalkan pada tahun lepas, Asus ZenWatch 2 dijangka akan kekal menggunakan Android Wear.
Dengan Computex 2015 yang akan berlangsung pada 2 ke 6 Jun ini, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh gergasi perkomputeran dari Taiwan ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus ZenWatch 2 Dikatakan Akan Diperkenalkan Pada Computex 2015"