Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maxis Mula Menawarkan Google Chromecast Di Malaysia Pada Harga RM170

Maxis hari ini membuat kejutan dengan menambah salah satu penawaran baru daripada mereka, iaitu dengan mula menjual Google Chromecast pada harga RM170. Maxis mengatakan ia boleh didapati daripada Maxis Store terpilih, dan mungkin ia akan diperluaskan secara berperingkat ke semua lokasi.

Maxis Chromecast

Google telah memperkenalkan Google Chromecast pada tahun lepas, membolehkan pengguna memasang Chromecast pada ruangan port HDMI pada televisyen, dan mengawal pelbagai kandungan dengan memainkannya terus daripada telefon pintar atau tablet terus ke kaca televisyen.

Maxis menyenaraikan Chromecast boleh didapati secara eksklusif di Maxis Centres, dan antara lokasi yang boleh ia didapati adalah termasuk di KLCC, KL Sentral, KLIA, Alamanda, Alor Star, BP Mall, Bukit Mertajam, Danga Bay, e@Curve, Gardens, Imago, Ipoh, Kota Bharu, Kuantan, Sibu, Kuala Terengganu, Miri, Pavilion, Prai, Queensbay, Selayang, Seremban City Square, Taiping, Taman Tun, dan juga Warisan Square.

Jadi, pada harga RM170, adakah anda akan mendapatkan Chromecast daripada Maxis?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maxis Mula Menawarkan Google Chromecast Di Malaysia Pada Harga RM170"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info