Permainan dalam-talian boleh dikatakan semakin popular di Malaysia dari tahun ke tahun, dan kini dalam proses memudahkan pengguna untuk menambah-nilai kredit permainan dalam-talian mereka, hari ini Maxis memperkenalkan penawaran baru dinamakan Hotlink Game Credits.
Untuk tujuan ini, Maxis bekerjasama denan beberapa penerbit permainan dalam-talian, iaitu Asiasoft, CIB, Garena, IAHGames dan juga Cubinet. Penerbit-penerbit ini sedia menawarkan sejumlah permainan popular, termasuk antaranya Counter-Strike Online, FIFA Online 3, Cabal Online, MapleStore, dan sebagainya.
Untuk menggunakan Hotlink Game Credits, pengguna hanya perlu log masuk ke laman web penerbit permainan untuk menambah kredit, pilih menu Top-Up atau Payment, dan memilih pilihan Hotlink Top-Up Ticket. Seterusnya anda akan diminta memasukkan kekunci 16 digit yang biasanya hadir melalui pembelian di kedai telekomunikasi.
Pengenalan Hotlink Game Credits ini juga tidak terhad kepada pelanggan Maxis atau Hotlink sahaja, tetapi boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja memandangkan ia menggunakan kod tambah-nilai biasa. Apa pun, pihak Maxis dan rakan kerjasama mereka menyediakan beberapa penawaran tambahan khusus jika anda merupakan pelanggan Maxis atau Hotlink.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maxis Memperkenalkan Hotlink Game Credits – Memudahkan Isian Semula Kredit Untuk Permainan Dalam-Talian"