Sembang Maniac

Sembang-sembang je

DriveTheLife Membolehkan Anda Menyemak Dan Mengemaskini Driver Pada Komputer Anda

Bagi mereka yang pernah membuat pemasangan Windows, atau menambah sebarang hardware baru, mungkin sedia maklum mengenali proses pemasangan driver – sokongan perisian yang membolehkan hardware pada komputer berjalan lancar. Bermula daripada Windows 7, Microsoft telah mula memudahkan proses pemasangan dengan driver yang dikenal-pasti secara automatik.


Namun, sering kali kita terlupa mengemaskini driver untuk versi terbaru yang biasanya menawarkan [restasi penggunaan yang lebih optimum. Untuk tujuan tersebut, terdapat beberapa perisian yang memudahkan proses berkenaan, dan salah satu yang popular adalah DriveTheLife.


Drive The Life


DriveTheLife merupakan perisian percuma untuk Windows, dimana selepas anda memasangnya, ia akan mengimbas komputer anda kepada pelbagai jenis driver yang terpasang. Seterusnya, ia akan memberikan cadangan untuk mengemaskini driver jika terdapat versi baru untuk hardware yang digunakan anda, selain turut menasihatkan anda untuk membuat salinan pendua bagi driver anda.


Ia turut membawakan antaramuka yang mudah difahami, dan sesuai digunakan ramai.


Bagi anda yang ingin menyemak pemasangan driver anda, mungkin anda boleh mencuba DriveTheLife hari ini, ataupun turut berkongsi sebarang perisian lain yang digunakan oleh anda untuk tujuan sama.


Muat-Turun DriveTheLife





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "DriveTheLife Membolehkan Anda Menyemak Dan Mengemaskini Driver Pada Komputer Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info