Asus pada tahun lepas telah memperkenalkan Asus ZenWatch, yang mana merupakan jam tangan pintar berasaskan Android Wear daripada mereka. Malangnya, jam tangan pintar tersebut tidak memasuki pasaran tempatan, dan Asus mengatakan akan membawa masuk versi seterusnya ke pasaran tempatan.
Nampaknya, mungkin kita tidak perlu nantikan untuk masa yang lama Asus memperkenalkan variasi baru jam tangan pintar mereka. Kini kelihatan mereka sedang menyiapkan sebuab produk baru dinamakan sebagai VivoWatch.
Memandangkan ia tidak menggunakan jenama “zen”, maka ia masih menjadi tanda tanya samaada ia akan menggunakan sistem operasi berasaskan Android Wear, atau sistem operasi tersendiri daripada Asus.
VivoWatch ini dikatakan akan memfokuskan lebih kepada kecergasan, dan menariknya menawarkan masa penggunaan sehingga 10 hari lamanya.
Dengan fokus terhadap kecergasan juga, jam ini dijangka akan dilengkapi sokongan kalis air.
Maklumat lanjut mengenai jam tangan pintar ini masih samar-samar, dan Asus dijangka akan berkongsi lanjut mengenainya tidak lama lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Bakal Memperkenalkan VivoWatch Dengan Bateri Bertahan 10 Hari"