ZTE baru sahaja melancarkan telefon pintar Blade S6 pada bulan Januari lepas, dan kini mereka turut hadir dengan satu lagi telefon pintar baru, dinamakan sebagai Grand S3. ZTE Grand S3 ini dijana menggunakan sistem operasi Android, dan menjadi fokus utama pada peranti ini adalah sokongan pengimbas mata yang dikenali sebagai Eyeprint ID.
Seperti semua sedia maklum, sejumlah telefon pintar di pasaran telah sedia dilengkapi dengan pengimbas cap jari untuk tujuan sekuriti, dan nampaknya pihak ZTE ingin membawa ia setapak kehadapan dengan memperkenalkan pengimbas mata ini.
Ia menggunakan kamera hadapan pada telefon untuk mengimbas mata pengguna. Bagi menjayakannya, pihak ZTE menggunakan teknologi daripada syarikat EyeVerify. Secara kasar, ia menggunakan kamera pada telefon pintar untuk merakamkan imej mata dan kemudian memastikan pembuluh darah adalah selari dengan pemilik.
Dari segi spesifikasi, ia dijana menggunakan cip empat-teras 2.5Ghz, memori 3GB RAM, skrin bersaiz 5.5-inci, kamera hadapan 8-megapixel, dan kamera belakang 16-megapixel. Peranti ini turut menggunakan antaramuka khusus daripada ZTE untuk Android, dan turut hadir dengan sejumlah fungsi tambahan melalui antaramuka berkenaan.
ZTE Grand S3 telah pun mula dijual di China, tetapi ia tidak lagi diketahui bilakah akan dijual secara meluas di seluruh dunia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ZTE Grand S3 Dilancarkan – Hadir Dengan Sokongan Pengimbas Mata Untuk Tujuan Sekuriti"