Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mungkin Membawa Google Assistant Ke Peranti Android Selain Pixel

Pada Pixel yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh Google, salah satu ciri khusus yang disertakan adalah Google Assistant. Ia merupakan sokongan pembantu digital pintar daripada Google – yang turut diintegrasikan pada Google Home, dan juga aplikasi permesejan Google Allo.

Sejak ia diperkenalkan, ramai pengguna yang menantikan fungsi Google Assistant hadir ke telefon pintar mereka, sekaligus memudahkan pelbagai proses dan menjawab sebarang pertanyaan yang dilontarkan. Google tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai penawaran aplikasi dan fungsi berkenaan untuk pengguna selain Pixel sehingga kini.

Namun, daripada versi pembangunan terkini aplikasi Google untuk Android, ia dilihat Google memberikan petanda mungkin membawa sokongan Google Assistant kepada peranti bukan Pixel.

Buat masa ini, ia sekadar diuji pada versi pembangunan alpha, dan mungkin sekiranya ia melalui pelbagai fasa, mungkin kita akan melihat ia pada versi stabil dalam beberapa minggu atau bulan lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mungkin Membawa Google Assistant Ke Peranti Android Selain Pixel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info