Sembang Maniac

Sembang-sembang je

UTHM Hadir Dengan Inovasi Menggunakan Puntung Rokok Dalam Pembuatan Batu Bata

Puntung rokok merupakan salah satu bahan buangan yang sehingga kini tidak mempunyai sebarang kegunaan. Menariknya, kini salah seorang penyelidik dari UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) hadir dengan inovasi untuk menjadikannya sebagai salah satu bahan tambahan untuk menghasilkan batu bata.


Menurut penyelidik berkenaan, serat mikro yang terkandung dalam puntung rokok mempunyai ciri-ciri penebat haba yang baik, selain turut mengukuhkan daya ikatan tanah – menjadikan batu bata sukar untuk retak. Penggunaan puntung rokok ini juga turut dikatakan mengurangkan penggunaan tenaga ketika menghasilkan batu-bata, selain turut mengelakkan sesuatu batu bata mudah retak ketika dalam proses pembakaran.


Bata Puntung Rokok


Penghasilan batu-bata menggunakan bahan tambahan puntung rokok ini adalah lebih kurang sama, cuma ia akan melalui proses pembasmian kuman pada peringkat awal.


Batu bata yang dihasilkan daripada gabungan puntung rokok dan tanah liat ini dikatakan mempunyai beberapa penggunaan, termasuk boleh digunakan untuk tujuan landskap – serta ia lebih ringan daripada kebiasaannya.


Buat masa ini, ia masih lagi sedang melalui proses penyelidikan, dan mereka turut dilihat sedang menggunakan beberapa bahan lain selain daripada puntung rokok dalam pembuatan batu bata.


Bata Puntung Rokok






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "UTHM Hadir Dengan Inovasi Menggunakan Puntung Rokok Dalam Pembuatan Batu Bata"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info