Twitter sebelum ini telah mengambil-alih beberapa perkhidmatan, dan terkini mereka turut menambah satu lagi syarikat dibawah portfolio mereka, iaitu Periscope. Periscope masih belum melancarkan perkhidmatan mereka secara rasmi lagi buat masa ini, dan masih menawarkan akses kepada perkhidmatan mereka dalam bentuk jemputan tertutup.
Periscope merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan sokongan penstriman langsung, dan ia turut menawarkan kebolehan untuk pengguna menonton siaran langsung atau siaran yang telah disiarkan sebelum ini.
Periscope juga pada masa yang sama dikatakan menawarkan sokongan penstriman awam yang boleh diakses oleh sesiapa atau yang lebih peribadi – memfokuskan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga terpilih sahaja.
Periscope ini dikatakan akan ditawarkan sebagai aplikasi berasingan berbanding aplikasi Twitter rasmi – lebih kurang seperti mana yang dilakukan untuk Vine.
Dalam arena sama, salah satu pesaing yang semakin meningkat nama akhir-akhir ini adalah Meerkat. Berbeza dengan Periscope yang ditawarkan dalam bentuk penawaran terhad, perkhidmatan Meerkat telah pun ditawarkan kepada umum, membolehkan pengguna membuat siaran langsung dengan mudah menggunakannya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Mengambil-Alih Periscope – Aplikasi Yang Membolehkan Pengguna Membuat Siaran Langsung"