Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Android P Developer Preview Diperkenalkan Dengan Sejumlah Ciri-Ciri Baru

Google hari ini telah melancarkan versi pembangunan awal untuk sistem operasi Android akan datang, iaitu Android P. Seperti biasa, nama akhir untuknya masih tidak diketahui, tetapi melalui Android P Developer Preview yang ditawarkan bermula hari ini, sejumlah ciri-ciri baru yang akan hadir bersama dengan sistem operasi Android akan datang ini diketahui.

Android P Dev PreviewMenjadi salah satu ciri utama yang hadir pada Android P ini adalah sokongan skrin bertakuk. Para pembangun aplikasi boleh mendapatkan Android P Developer Preview ini dan menguji serta mengoptimasikan paparan aplikasi mereka untuk skrin telefon pintar yang bertakuk.

Disamping itu, talam notifikasi terus ditambah baik dengan paparan baru untuk permesejan dengan lebih banyak info padanya – selain sokongan balasan pintar, dimana ia memaparkan sejumlah balasan kepada mesej yang diterima melalui sokongan pembelajaran mesin – lebih kurang seperti Smart Replies pada Google Inbox.

Android P Smart Replies

Google turut menambah baik sokongan sekuriti dan privasi pada Android P, termasuk menghalang akses kepada mikrofon, kamera dan sensor lain sekiranya sesuatu aplikasi tidk digunakan.

Ciri-ciri lain yang turut disertakan adalah sokongan Autofill yang lebih baik, penambah-baikkan pada prestasi Android dan aplikasi, kawalan kadar penggunaan tenaga yang lebih efisyen dan lain-lain.

Bagi para pembangun, anda boleh mencuba Android P Developer Preview bermula hari ini, dan menggunakannya dalam pembangunan. Buat masa ini, antara peranti yang disokong dengan Android P Developer Preview ini adalah termasuk Pixel, Pixel XL, Pixel 2 dan juga Pixel 2 XL.

Ia akan melalui sejumlah fasa pembangunan berbeza, dan kita akan melihat versi akhir Android P dalam suku keempat tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Android P Developer Preview Diperkenalkan Dengan Sejumlah Ciri-Ciri Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info