Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Suspek Kes Pukul Pak Cik Di Jalan Bako Sudah Berjaya Ditangkap






Semalam tersebar sebuah video di laman sosial yang menunjukkan 2 orang remaja lelaki memukul seorang pak cik tanpa belas kasihan di Jalan Bako, Kuching.





Hasil maklumat orang ramai pihak polis dari Balai Bintawa telah berjaya memberkas ketiga-tiga mereka semalam.



Mereka yang berumur lingkungan 21 hingg 27 tahun itu berasal dari Kampung Bako, Ulu Kuching dan Bandar Bandar Baru Samariang, Kuching.



Dalam kejadian semalam dua orang lelaki telah memukul seorang pak cik yang memandu Toyota Unser melalui kawasan berkenaan sebelum mendapati ada sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran ditunggang dalam keadaan bahaya.



Rakan mangsa membunyikan hon untuk menegur penunggang motosikal itu tetapi menerima ‘hadiah’ isyarat lucah.



Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Entusa Imam berkata, penunggang motosikal itu memberhentikan kenderaannya, diikuti mangsa dan rakannya.



"Mangsa dan rakannya memberhentikan kenderaan, turun daripada kereta dan berlaku pertengkaran dengan penunggang motosikal yang dipercayai dalam keadaan mabuk.


"Tiba-tiba penunggang motosikal itu dengan rakannya memukul mangsa dengan topi keledar, manakala rakan mangsa dihalang daripada membantu," katanya ketika dihubungi, hari ini.



“Akibat kejadian itu mangsa lebam di kepala dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya



Pihak polis masih dalam usaha mengesan lain-lain suspek yang masih bebas. Kesemua suspek akan di bawa ke mahkamah untuk permohonan dan akan didakwa dibawah seksyen 324 kanun kesiksaan.



Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

  • Dua Beradik Rentung Kuala Kubu Bharu: Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan abangnya rentu…
  • Ajal Empat Beranak Kuala Lipis: Empat beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 8, Jalan…
  • Sembunyi dadah dalam taliLondon: Dadah jenis kokain bernilai lebih £500,000 (RM2.6 juta) yang disembunyikan di dalam tali dirampas di Lapangan Te…
  • ‘Saya memang belum bertudung’Kuala Lumpur: "Hakikatnya saya memang belum bertudung lagi. Saya tak mahu isu bertudung atau hal peribadi dijadikan baha…
  • Langgar Jiran Sampai Mati Georgetown: Seorang wanita maut dilanggar dan digilis kereta jirannya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di fle…
0 Komentar untuk "Suspek Kes Pukul Pak Cik Di Jalan Bako Sudah Berjaya Ditangkap"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info