Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Snow Ball – Lagi Permainan Yang Menyakitkan Hati Berbentuk 8-bit

Sejak hadirnya Flappy Bird, pelbagai permainan menarik yang lain telah hadir dengan bentuk permainan yang ringkas dan mudah dimainkan semula – dan pada masa yang sama membawakan elemen permainan yang sukar dan menyakitkan hati.


Snow RollTerkini, salah satu permainan baru yang diterbitkan adalah Snow Roll – dan terhad untuk iPhone sahaja buat masa ini.


Snow Roll membawakan bentuk permainan yang memerlukan anda mengawal seekor penguin ke kiri dan ke kanan, serta mengelak daripada pelbagai halangan yang tersedia dihadapannya. Seperti biasa, pengguna perlu memainkan ia untuk masa dan jarak yang jauh untuk mendapat markah tinggi.


Menambah kesukaran permainan ini adalah apabila anda tewas pada tahap sebelumnya, bola ais anda akan tertinggal – dan anda turut perlu mengelaknya ketika melalui jarak yang sama ketika memainkan semula.


Bagi anda yang inginkan suatu permainan untuk meluangkan masa anda, dan menggunakan peranti iOS, anda boleh memuat-turunnya dan memainkannya secara percuma hari ini.








Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Snow Ball – Lagi Permainan Yang Menyakitkan Hati Berbentuk 8-bit"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info